Monday, February 10, 2014

Demam Denggi Boleh Membawa Maut.

AHLAN WA SAHLAN...dan Salam sejahtera kepada yang sudi singgah di blog ini.

Kebelakangan ini kita sering membaca dan mendengar di media massa tentamg meningkatnya kes demam denggi di negara kita. Malahan sebanyak 14 kes kematian telah dicatat dari tempoh januari sehingga 2 februari. Sumber diambil Berita Harian bertarikh 6 februari 2014.

Risau jugak memikirkannya kan, tambahan lagi sekiranya ada ahli keluarga yang terkena jangkitan tersebut.

Apa dia tanda dan gejala Demam denggi?
  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera.

Nak tahu kaedah rawatan untuk pesakit demam denggi?
Baca kat link ni. >> denggi kian meningkat


No comments:

Post a Comment