Tuesday, November 11, 2014

4 Amalan Sewaktu Berpantang



1. Kebersihan Diri
  • Amalkan mandi sekurang-kurangnya sehari
  • Pakai pakaian bersih dan selesa yang ditukar setiap hari
  • Tukar tuala wanita dengan kerap
  • Pastikan luka pembedahan dan jahitan sentiasa bersih dan kering

2. Pemakanan
  • Makan pelbagi jenis makanan berasaskan piramid makanan
  • Minum air secukupnya (8 gelas sehari)
  • Banyakkan pengambilan serat terutamanya daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.

3. Penyusuan Susu Ibu
  • Bersihkan payudara setiap hari
  • Gunakan coli yang bersih dan selesa
  • Susukan bayi dengan kerap mengikut permintaan
  • Kurangkan atau elakkan penggunaan jamu jika bayi jaundis/kuning.
4. Rehat dan Senaman
  • Rehat secukupnya kerana badan anda lemah selepas kelahiran
  • Lakukan senaman ringan mengikut kemampuan
  • Tempoh berpantang adalah waktu terbaik untuk mengurangkan berat badan. Caranya mudah iaitu dengan hanya berjalan 20 hingga 30 minit sehari dan boleh dimulakan dua minggu selepas bersalin
  • Ibu harus peka akan perubahan fizikal dan mental semasa pantang.
  • Senaman lain yang lebih lasak seperti berbasikal (statik atau bergerak) dan berenang hanya boleh dilakukan selepas enam bulan bersalin
  • Elakkan juga berdiri terlalu lama kerana kesan graviti menyumbang kepada masalah rahim jatuh
  • Wanita selepas bersalin juga kerap mengalami masalah sakit pinggang atau belakang yang kadangkala berlanjutan sepanjang hayat. Mengamalkan postur (posisi) badan baik ketika duduk atau bekerja juga dapat mengelakkan masalah sakit belakang
  • Selain itu, wanita berpantang juga diingatkan supaya tidak mengangkat benda berat. Benda paling berat yang boleh diangkat ialah bayi anda.

Sumber: Perkongsian Buat Ibu-ibu Terhebat        

*****************************
DAPATKAN 

****************************
Post a Comment