Monday, November 10, 2014

MENGETAHUI WAKTU SUBUR ATAU OVULASI



Ovulasi atau waktu subur adalah apabila satu atau lebih telur dilepaskan dari salah satu ovari.
Setiap bulan, sebanyak 15-20 telur yang matang akan dilepaskan dalam ovari. Dan telur yang PALING matang akan dilepaskan dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk kedalam tiub falopio. Tiub falopio menyambung ovari ke rahim.

BAGAIMANA OVULASI MENENTUKAN BILA BOLEH HAMIL?
Untuk hamil, satu sperma dan satu telur mesti bertemu dalam tiub falopio. Telur boleh hidup selama 24jam sahaja selepas Ovulasi. Manakala sperma pula boleh hidup selama 5-7 hari dalam faraj, uterus/rahim atau dalam tiub falopio.
Ini bererti anda mempunyai 'ruang subur terbuka' selama kira-kira 6 hari.

'Ruang subur' termasuk 5 hari sebelum ovulasi dan hari ovulasi itu sendiri. Oleh itu, jika anda melakukan hubungan intim dengan suami semasa waktu subur, maka telur berpeluang bertemu dengan sperma dan seterusnya disenyawakan.

BAGAIMANA MENENTUKAN MASA PALING SUBUR?

Cara paling mudah adalah dengan mencatatkan tempoh kitaran haid. Kemudian lihat sebarang tanda perubahan hormon dan fizikal diri anda.

Tanda-tanda subur boleh dilihat 5hari sebelum ovulasi/waktu subur. Ovulasi biasanya bermula dalam 12-14 hari sebelum haid. 
Contoh, kitaran haid anda 28hari dan sentiasa tepat. Kira hari datang haid ialah hari pertama kitaran haid anda. Oleh itu, waktu subur berkemungkinan diantara hari ke-12 sehingga heri ke-17.


Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid tidak tetap, ovulasi/ waktu subur mungkin berlaku seminggu awal atau seminggu lewat dari satu bulan ke bulan seterusnya.

BAGAIMANA MENGENALPASTI TANDA-TANDA FIZIKAL PERUBAHAN PADA DIRI SENDIRI?

  • Perubahan pada mukus /lendir serviks. Mukus serviks ialah lendir yang anda dapat lihat pada seluar dalam atau tisu apabila anda membuang air kecil. Anda paling subur apabila mukus adalah lutsinar, licin dan anjal seperti putih telur yang mentah.
  • Sakit pinggang. Segelintir wanita akan mengalami sakit pinggang semasa tempoh waktu subur, dan ini merangkumi sakit yang ringan kepada tajam dan menusuk dan ia belaku pada salah satu bahagian pinggang.
  • Perasaan ghairah,menawan dan menggoda berkemungkinan turut meningkat pada masa subur. Anda mungkin tidak menyedarinya selama ini. Tetapi sekiranya perasaan sebegini kerap berlaku pada anda pada waktu yang sama pada setiap bulan,ini mungkin menunjukkan anda sedang subur.


(sumber: Babycenter.com.my)

**************************************************************************
DAPATKAN >> VITAMIN SUBUR <<

***************************************************************************

No comments:

Post a Comment