Tuesday, December 2, 2014

Panduan Pemakanan Untuk Ibu Mengandung


KENAPA IBU HAMIL PERLU AMBIL MAKANAN YANG SIHAT?
-Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat.
-Untuk mengekalkan kesihatan ibu. 
-Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa hamil 

1. Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah di antara 12-18kg.

2. Jika berat badan anda normal sebelum hamil, anda perlu menambah di antara 11-16kg.
3. Jika berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah di antara 7-11kg.
4. Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.


BERAPA BANYAK YANG PERLU IBU HAMIL MAKAN?

-7 hidangan nasi/bijiran atau roti
-3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan Vitamin C dan satu dalam Vitamin A)
-2 hidangan susu atau produk tenusu
-1 hidangan ikan, 1 hidangan daging/ayam dan 1 hidangan kekacang
-6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan atau satu cawan kopi atau teh sehari.


Cadangan pengambilan nutrien semasa hamil

  Trimester Kedua               Trimester Ketiga               
Lemak(g/day) 54-82 57-85
Protein(g) + 7.5 +7.5
Kalsium(mg) 1000 1000
Zink(mg) 7.0 10.0
Selenium(µg) 27 29
Thiamine(mg) 1.4 1.4
Riboflavin(mg/day) 54-82 57-85
Niasin(mg NE) + 7.5 +7.5
Asid Folic(µg) 1000 1000
Vitamin C(mg) 7.0 10.0
Vitamin A(µg) 27 29
Vitamin D(µg) 1.4 1.4
Vitamin E(mg) 7.5 7.5
Source : Recommended Nutrient Intakes for Malaysia 2005

Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti :
  • Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
  • Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (kacang peas)
  • Vitamin A (hati, susu, telur)
  • Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
  • Vitamin C (jambu, betik dan limau)
  • Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.

---------------------------------------
APA YANG PERLU IBU HAMIL LAKUKAN JIKA MENGALAMI MASALAH BERIKUT?

1. 'Lactose intolerance'
-Cuba produk susu yang mengandungi rendah laktosa.
-Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardin, ikan bilis).
-Minum susu kacang soya dan produk kacang soya.
-Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang baik.
 

2. Loya (Morning Sickness)
-Makan pada waktu makan yang teratur.
-Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
-Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng.
-Minum banyak air.
 

3. Sakit ulu hati (Heartburn)
-Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
-Kunyah makanan dengan perlahan.
-Elakkan berbaring sejurus selepas makan.
 

4. Sembelit (Constipation)
-Minum banyak air.
-Ambil makanan yang tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran).
-Sentiasa aktif.


 *CREDIT: MyHealth.gov.my


******************************
Order Set Nutrisi Lengkap 
untuk 
******************************

No comments: