Tuesday, December 16, 2014

5 Petua Kurangkan Loya Semasa Hamil.



1. Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari. 

2. Makan apa dan bila anda kehendaki, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil. 

3. Minum teh halia.

Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.

4. Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.

5. Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.

(*credit Babycenter )


KURANGKAN LOYA ATAU MABUK HAMIL DENGAN PEPPERMINT GINGER PLUS (90 TABLET)
> Nyaman & Melegakan.
> Mengandungi herba asli pudina, halia, jintan manis 
dan jintan hitam. 
> Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air 
untuk dijadikan minuman herba.


******************************
Order Set Nutrisi Lengkap 
untuk 
******************************

No comments: