Wednesday, December 17, 2014

7 Tanda Anda Hamil.

Vitamin Kesuburan
 
Ketahui 7 Tanda Penting Kehamilan.

1.Tidak datang haid.
2. Mengidam.
3. Sering keletihan. 
4. Sering buang air kecil. 
5. Payudara bengkak dan lembut.
6. Perubahan deria rasa.
7. Abdominal cramping/ perut mengalami kekejangan. 

Sekiranya anda mengalami ketujuh-tujuh tanda ini, TAHNIAH..
Anda akan menimang cahayamata dalam tempoh 9 bulan yang akan datang!!

Tetapi untuk memastikan ianya positif anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengesahkannya ataupun anda boleh melakukan sendiri Ujian Kehamilan di rumah.

Alat penguji kehamilan yang kebanyakannya dijual di farmasi berupaya mengukur kandungan hCG di dalam urin. Ia boleh dikesan dalam masa sehari selepas anda tidak haid pada hari yang sepatutnya. Kandungan hCG adalah sangat tinggi di dalam urin pertama pada waktu pagi. Hal inilah yang membuatkan hasil ujian menjadi sangat jelas.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak berkesempatan melakukan ujian di waktu pagi, anda masih boleh menguji kehadiran hCG pada masa-masa lain. Biarpun begitu, anda dinasihatkan tidak membuang air kecil 4 jam sebelum ujian dilakukan. Selain daripada itu, elakkan daripada meminum terlalu banyak air. Hal itu akan menyebabkan kandungan hCG menjadi cair lalu menjejaskan hasil ujian yang bakal diperoleh.

Bagaimanakah cara menggunakan alat penguji kehamilan di rumah?

iklan >> Sale Jubah Nursing
 
Mula-mula, baca arahan dengan cermat, kerana setiap jenama mempunyai arahan yang berlainan.

Bagi kebanyakan alat penguji, caranya semudah kencing pada kayu penguji itu. Sesetengah yang lain pula memerlukan anda mengumpul air kencing dalam cawan kecil dan kemudian mencelupkan alat penguji itu ke dalamnya. Atau, anda mungkin diberi alat penitik yang digunakan untuk menitikkan sedikit sampel air kencing ke atas alat penguji.

Bagaimana keputusan ujian ditunjukkan juga berlainan. Sesetengah alat penguji menunjukkan garisan merah jambu atau biru. Sesetengah yang lain pula menunjukkan tanda campur atau tolak, atau menukar warna sampel air kencing anda. Ujian digital pula memaparkan perkataan "pregnant" (hamil) atau "not pregnant" (tidak hamil) pada satu tingkap, dan ada juga yang memberi anggaran sudah berapa minggu anda hamil.

(*credit: pama.karangkraf.com & babycenter.com )



No comments:

Post a Comment