Tuesday, December 23, 2014

Panduan Ibu Hamil Semasa Trimester Pertama

1. Cari Maklumat.

Anda perlu mendapatkan maklumat agar anda dapat menjalani tempoh kehamilan yang sihat. Dapatkan melalui buku, majalah, surat khabar, televisyen, Internet dan lain-lain.

2. Jaga Dehidrasi


Di trimester pertama anda akan sering mual dan muntah hingga menyebabkan dehidrasi. Oleh itu, banyakkan minum air kosong, susu atau jus buah-buahan segar. Malah, minuman yang diambil secukupnya, dapat membantu anda mengatasi masalah sembelit yang mungkin dihadapi.

3.Makan Secara SihatKeperluan tenaga tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan. Ia hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan terakhir iaitu sekitar 200 kalori sehari. Pastikan diet anda mengandungi banyak buahan dan sayuran, sekurang-kurangnya lima hidangan sehari. Sediakan sarapan berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi. Sebaik-baiknya jenis bijirin penuh supaya anda mendapat serat mencukupi. Jangan lupa protein seperti ikan, daging, telur dan susu setiap hari.


4. Elak Penyebab Muntah.


Hindari pelbagai jenis bau-bauan yang kurang menyenangkan.
Untuk menghindari rasa mual, usahakan untuk bangun secara perlahan-lahan daripada keadaan berbaring. Jangan dilakukan secara spontan.
 Antara lain, makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.

5. Ikuti Pemeriksaan Antenatal


Ketika hamil, kesihatan diri anda dan bayi perlu diutamakan. Atas sebab ini, anda perlu mengikuti rutin pemeriksaan antenatal sebelum minggu ke-12 bagi membantu doktor memantau keadaan anda dan perkembangan bayi.

6. Makan Ikan.


Beberapa kajian menunjukkan minyak ikan yang mengandungi asid lemak Omega-3 mempunyai kesan baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi 
 dan perkembangan otak bayi di akhir kehamilan. 
Hal ini kerana ikan mengandungi protien, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3. 
Anda digalakkan makan ikan tenggiri, salmon atau sardin dua kali seminggu.

7. Bersenam selalu


Bersenam selalu boleh menangkis anda daripada kemurungan dan menjadikan anda lebih ceria. Pakar perubatan menyatakan senaman mempunyai kesan positif seperti serotonin dan dopamina yang membantu mengawal emosi dan perasaan. Senaman yang sesuai untuk wanita hamil adalah seperti berjalan, berenang dan aerobik air.

8. Senaman Pelvis


Anda digalakkan untuk melakukannya tiga kali sehari.

9. Kurangkan kafein


Penyelidik berpendapat terlalu banyak kafein yang diambil semasa hamil boleh menyumbangkan kepada risiko bayi mempunyai berat badan lahir rendah atau meningkatkan risiko keguguran.

Dicadangkan anda hanya minum dua cawan kopi untuk mengelakkan 
bayi terjejas dengan kesannya. Sebaik-baiknya beralih kepada
 kopi tanpa kafein, teh atau jus buahan segar. 
Alternatif lain ialah minum sehelas air kosong dengan perahan lemon atau limau.

*credit blog mamaalya.com 

**********************************
*********************************

No comments: