Monday, December 15, 2014

Punca Loya Semasa Hamil

Loya semasa hamil ataupun 'morning sickness' sering kali dialami oleh ibu-ibu hamil semasa Trimester Pertama iaitu pada bulan pertama sehingga bulan ketiga kehamilan. Tetapi ada juga yang mengalami loya/mabuk hamil ini sehingga ke trimester kedua atau ketiga.

Apakah penyebab kepada loya/mabuk kehamilan (morning sickness)  ini? Antara penyebabnya seperti berikut :-

  • Human chorionic gonadotropin (hCG). Sejenis hormon yang meningkat mendadak semasa awal kehamilan.
  • Estrogen. Juga turut meningkat dengan cepat semasa awal kehamilan.
  • Meningkatnya deria bau dan menjadi lebih sensitif.
  • Perut menjadi sensitif. Berlaku kepada sebilangan ibu-ibu yang hamil.
  • Stress. 
  • Kemungkinan untuk kehamilan berkembar!
  • Anda seorang yang mudah loya/mabuk seperti sering merasa loya sekiranya didalam kenderaan terlalu lama.
  • Keturunan
  • Anda mempunyai sejarah migrain yang teruk.
  • Anda mungkin mengandung bayi perempuan!  Satu kajian mendapati ibu-ibu yang loya/mabuk dengan teruk dan sering muntah semasa trimester pertama, kebarangkalian 50% lebih tinggi untuk mendapat bayi perempuan.
*credit: Babycenter.com


No comments:

Post a Comment