Saturday, January 17, 2015

Zip Beg Sekolah Rosak.

Sebelum anak-anak mula sekolah, pelbagai keperluan yang perlu dibeli.
Buku, baju, kasut dan tak ketinggalan beg sekolah pun nak yang baru.
Boleh dikatakan berabis duit untuk barang-barang anak setiap kali awal tahun.

Hari tu dah belikan beg biru gambar ironman untuk sibongsu.
Saiz beg pun padan jugak dengan saiz dia.
Dan ada banyak poket untuk asingkan buku.

Tapi bila sibongsu balik sekolah tengahari tu,
Tengok tengok zip poket bahagian yang paling besar dah rosak.
Zip dapat gerak kiri kanan, cuma 'gigi' atau slider yang tak nak tutup.

Memang frust betol time tu.
Dalam hati merungut, mana nak cari beg baru lagi untuk dia.
Nak hantar kat tukang zip, tentunya ambik masa seminggu nak baiki.
Nak suruh sibongsu pakai sementara beg kakak dia yang tahun lepas, dah tentu dia tak nak sebab ada bunga-bunga.
Hmmm...nak kena beli baru, adohh..tak sanggup nak buang duit ke situ lagi.

Tiba-tiba baru teringat nak 'google' kan cara baiki zip beg.
Syukur Ya Allah, terjumpa banyak panduan di Google dan YouTube.

So, kat sini saya nak sharekan salah satu video cara perbaiki zip beg.

SELAMAT MENCUBA YER....

             http://youtu.be/Z-s0jJheo6w

No comments:

Post a Comment