Saturday, June 6, 2015

Video Pendek Kanser Paru-Paru

video



Bilakah masa untuk berjumpa doktor?

Dinasihatkan untuk berjumpa doktor apabila perkara-perkara berikut berlaku:

-Terdapat simptom kanser paru-paru
-Batuk atau batuk yang berubah
-Batuk bercampur darah atau batuk berdarah
-Susut berat badan
-Berasa terlalu letih
-Badan berasa sakit dan punca tidak diketahui

Pergi berjumpa doktor dengan kadar segera jika:
-Batuk berdarah dengan kadar yang sangat banyak
-Sesak nafas secara tiba-tiba
-Sakit dada yang tidak hilang
-Lumpuh secara tiba-tiba
-Kabur penglihatan secara tiba-tiba

Apakah Simptom Kanser Paru-Paru?

Anda mungkin tiada simptom atau anda mengalami gejala seperti batuk atau sesak nafas yang mungkin anda kaitkan dengan sistem pernafasan. Walaubagaimanapun, simptom kanser paru-paru termasuk:
  • Batuk atau batuk yang tidak hilang. Memang diketahui perokok mengalami batuk yang kronik akibat dari asap rokok, tetapi perubahan atau batuk yang bertambah teruk adalah satu gejala penting.
  • Sakit di bahagian dada, bahu dan belakang berpanjangan dan lebih sakit jika menarik nafas panjang.
  • Nafas berbunyi.
  • Sesak nafas.
  • Suara serak.
  • Batuk berdarah.
  • Bengkak di bahagain leher atau muka.
  • Hilang selera makan dan badan susut.
  • Berasa terlalu letih dan lemah
  • Kerapkali mendapat jangkitan paru-paru atau “pneumonia”.
  • Bentuk hujung jari tangan atau kaki berubah serta membonjol.
[ringkasan dari website MyHealth]



CEGAH KANSER << KLIK DI SINI

Post a Comment