Monday, August 17, 2015

KENAPA STEVIA

INFO STEVIA 1

Fakta Tentang Stevia
~ oleh Dr Farid

1. Stevia bukan ubat atau supplement yg menyembuhkan semua jenis penyakit.
2. Stevia hanya menggantikan gula/susu pekat manis berkalori kpd nikmat manis tanpa kalori.
3. Individu sihat/berpenyakit yg boleh ambil makanan/minuman mengandungi gula/susu pekat manis boleh bertukar kpd manis stevia.
4. Tukar corak pengambilan gula/susu pekat manis harian dlm masakan, makanan dan minuman utk elak/kurangkan risiko penyakit/komplikasi penyakit berkaitan pemakanan/gula berlebihan.

Saya tak syorkan apa2 formula tertentu dalam penggunaan stevia kerana perkara asas tentang stevia ialah ianya bukan ubat! Bila syorkan formula tertentu, dah jadi macam ubat pulak.

Konsep asas adalah tukar gula/susu pekat manis kpd stevia. Berapa banyak nak letak, terpulang kpd citarasa individu itu sendiri.

Jika bagi guna formula tertentu, masyarakat hanya akan ambil ikut formula tersebut dan bila dah mencukupi pengambilan harian, tak mustahil utk mereka masih ambil gula/susu pekat manis krn pada mereka, mereka dah ambil dos stevia harian yg diperlukan. Kita tak nak konsep begitu. Kita perlu nyatakan yang no more gula/susu pekat manis...tukar sepenuhnya kpd stevia!

Penggunaan stevia selain daripada dlm makanan, masakan, minuman dan utk luka luaran - spt titis pada mata, titis dlm telinga atau titis bawah lidah juga tidak disyorkan krn tiada kajian yg menyokong kesan penggunaan secara demikian...

-info dari Dr Farid-

No comments: