Sunday, August 9, 2015

Terrarium: Mini Projek #1

Sebelum ni saya dah kongsikan satu video bagaimana nak hasilkan Terrarium atau kebun mini dalam balang kaca. Biasanya untuk buat terrarium, tumbuhan yang selalu digunakan ialah jenis pokok kaktus, yang mana tidak perlukan penjagaan yang rumit.

Nak tengok video tu boleh tengok post sebelum ni ->> CARA BUAT TERRARIUM

*********************************
Beberapa hari lepas saya dah cuba buat mini projek terrarium sendiri...hasil nya biasa-biasa sahaja, belum cukup memuaskan hati saya sendiri. Hihihi...lepas ni kena buat perancangan yang lebih rapi lagi la. 

So, untuk mini projek yang pertama ni, saya telah dapatkan bahan-bahan berikut:

1. Balang Kaca ~ guna balang biskut hari raya yang lepas sebab penutupnya dah pecah.
2. Potting mix ~ beli dari kedai jual baja, tanah, dan bunga.
3. Batu hiasan yang kecil.
4. Mini kaktus ~ pun beli kat kedai jual bunga.


Disebabkan 'mulut' atau bukaan balang kaca tu tak besar, plan nak letak 2 mini kaktus kedalamnya tak berjaya. Tambah pulak kaktus yang satu lagi tu gemok dan tinggi sedikit, so plan A tukar ke plan B. Kaktus gemok dan tinggi kena stay dalam pasu kecik je, 
buat sementara waktu.

Cara nak buat...

1. Letak batu hiasan kecil pada dasar balang. Terpulang nak banyak ke nak sikit. Boleh juga guna jenis batuan yang lain.

2. Masukkan 'potting mix' ,saya guna jenis yang organic. Boleh tengok keterangan pada gambar ye. Ada banyak jenis 'potting mix' yang dijual di kedai.


3. Keluarkan mini kaktus dari pasu asalnya secara berhati-hati sebab tak nak rosakkan akarnya. Buatkan lubang sedikit pada bahagian 'potting mix' untuk masukkan bahagian akar mini kaktus kedalamnya. 
Lepas tu padatkan dengan betul supaya akar tertutup dengan 'potting mix'. 

4. Lapisan terakhir ditabur dengan batuan halus. 


Gini la rupa terrarium saya tu.
Huhuhu...nampak kosong dan hambar je kannn...

At last, saya letak patung lego kat dalam tu untuk penuhkan balang.




Takper takperr...lepas ni akan 'improve'kan lagi 
design terrarium. 

Terima Kasih sebab sudi singgah.

by Eeta.Sams

Post a Comment