Monday, July 27, 2015

Panduan Bekerja & Berniaga

« Hukum & Persepsi Manusia »


Tempahan -http://bit.ly/1IrefVB

Saya berpeluang menjeling cerita 'Gattaca' sambil memasak juadah tengahari tadi.
Kisah masa depan di mana seorang anak sulong ini telah disahkan sebagai individu yang mempunyai kualiti kesihatan negatif dan jangka hayatnya hingga umur 32 tahun sahaja.
Manakala adiknya Anton pula mempunyai kualiti kesihatan yang sangat bagus hasil dari ujian makmal.

Abang sulong bernama Vincent ini memendam cita-cita untuk menjadi seorang angkasawan namun beliau terpaksa hidup dengan hukum dan persepsi manusia bahawa beliau tidak sihat dan tidak boleh berjaya, termasuklah ke dua ibubapanya yang sangat pesimis terhadapnya.

Hinggalah suatu hari ketika Anton dan Vincent bermain permainan 'siapa pengecut', berlumba berenang ke tengah laut dan lihat siapa yang akan berpatah balik dahulu dialah pengecut.
Anton yang angkuh tiba-tiba hampir lemas dan diselamatkan oleh Vincent yang sepatutnya lemah dan tidak sihat itu.

Kejayaan kecil ini mengubah cara pemikiran Vincent, beliau tidak lagi hidup atas hukum dan persepsi manusia. Setelah melalui berbagai onak dan duri Vincent berjaya mencapai cita-citanya sebagai seorang angkasawan.

Berapa ramaikah dari kita yang terperangkap dalam situasi sebegini?
Ini sebenarnya adalah bersabit dengan teknik mengurus emosi sendiri untuk kekal positif.
Sentiasa peka dengan kejayaan kecil dan raikannya untuk memacu kepada kejayaan yang lebih besar, samada untuk diri sendiri atau orang yang tersayang.

Jika dikenang secara mendalam kita sebenarnya telah mencipta banyak kejayaan kecil sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Raikan!

Inspirasi dari buku BEKERJA & BERNIAGA: PANDUAN KEJAYAAN UNTUK SURI.


No comments: