Wednesday, July 29, 2015

Perancangan Sebelum Berhenti Kerja



Soalan:
Puan Azura, saya bercadang untuk meletakkan jawatan dan bekerja di rumah juga satu hari nanti. Sekarang saya ada menjalankan bisnes tudung kecil-kecilan. Bagaimana patut saya mulakan perancangan saya ini?

Jawapan:
Puan boleh mulakan dengan 3 kangkah ringkas ini dahulu supaya kita jelas dengan halatuju personal dan profesional kita.

1). Puan tetapkan matlamat akhir kerjaya Puan. Yang ini Puan sudah jelas iaitu tidak mahu makan gaji bila bersedia.

2). Puan definisikan semula makna 'CUKUP' Puan dan keluarga.

3). Mula atur kewangan untuk langsaikan hutang atau supaya berada dalam kategori boleh urus ketika berhenti nanti (berdasarkan nombor 2 tadi).

Dari sini Puan akan nampak secara kasar berapa lama Puan boleh mencapai matlamat Puan. Tulis dan lukis, biar jelas secara visual.


Petikan dari buku BEKERJA & BERNIAGA: PANDUAN KEJAYAAN UNTUK SURI.

posted from Bloggeroid

No comments: